Thursday, 29 September 2011

BISMILLAH enam

Assalamualaikum...

selamat pagi semua..
kita berkongsi ilmu la sikit pagi ni..
aku terbaca buku pasal bismilllah 6.
jadi aku pun try la google maklumat tentang bismillah 6 ni..
kita boleh gunakan ayat ni dalam
kehidupan seharian kita..



antara khasiat2 dan faedah2 doa ini dibaca.:

1. Makbul segala hajat dan cita-cita.
2 Luas rezekinya.
3. Jika di tiup pada perempuan, nescaya kasih ia kepada kita.
4. Menang di dalam peperangan.
5. Penerang hati.
6. Di jauhkan daripada segala penyakit.
7. Di baca 70 kali tiap-tiap hari, aman daripada ancaman raja-raja dan pembesar- pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
8. Di baca pada tempat yang suci, boleh melihat malaikat, jin dan syaitan-syaitan.
9. Di baca pada malam Jumaat 20 kali, boleh melihat orang di dalam kubur.
10. Aman daripada binatang-binatang buas.
11. Air laut menjadi tawar.
12. Terlepas daripada terkena bunuh jika di baca pada tubuh badannya.
13. Jika di tulis dijadikan azimat atau di baca pada sawah, aman daripada tikus dan ancaman musuh yang lain.
14. Terselamat daripada merbahaya seteru dan musuh.
15. Terselamat daripada terkena karam di laut.
16. Jika di baca pada minyak malam jumaat tiga kali, boleh memudahkan perempuan beranak manakala di minumnya.
17. Jika di baca doa ini pada apa-apa benda kemudian di rendamkan ke dalam air selama 3 (tiga) hari atau 7 (tujuh) hari, Insya’Allah segera mendapatnya.
18. Orang yang pekak jika dibaca pada telinga kanannya tujuh hari, insya’Allah mendengar ia.
19. Orang yang gila atau mereka yang di rasuk oleh iblis apabila di baca di telinga tiga kali Insya’Allah larilah iblisnya.
20. Boleh menawarkan segala jenis bisa.
21. Terkeluar daripada penjara apabila di baca bersungguh-sungguh.
cara nak merawat penyakit2 yang dinyatakan kat atas ni..
letak kan tangan kat tempat yang sakit..lepas tu tahan nafas dan baca Al-fatihah
dan doa yang kat atas ni..tiup tempat yang sakit tu dan urut2 sikit.
baca jugak ayat ni kat air dan boleh la sapu2 kat
tempat yang sakit tu..

air tu pun boleh diberi pada haiwan peliharaan
kita yang sakit atau terkena racun ke,kena patuk ular ke..
lagi satu orang yang amalkan ayat ni
bila dia pegang je gelas yang beracun,
gelas tu akan pecah..

sekian...

No comments:

Post a Comment